Menurut Shaffer

Menurut Shaffer (1999), perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks dalam diri seseorang sama ada pada peringkat umur muda iaitu kanak-kanak hinggalah pada peringkat dewasa. Menurut beliau, perubahan fizikal iaitu secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat kepada peringkat yang lain.
Pada peringkat umur 6 tahun hingga 12 tahun, kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dengan lebih baik. Ini lebih jelas pada tulisan mereka yang lebih, kemas, bermain alat muzik serta menggunakan pelbagai jenis alat pertukangan.
2.0 Perkembangan kognitif kanak-kanak peringkat umur 6 – 12 tahun
Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan kanak-kanak merupakan perubahan secara kualitatif iaitu kemahiran berfikir dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat.
Perkembangan kanak-kanak dibahagikan kepada lima aspek iaitu sifat, fizikal, kognitif, sosial, dan emosi. Perkembangan kognitif kanak-kanak memainkan peranan yang amat signifikasi dalam proses perkembangan kanak-kanak yang optimum. Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), dalam bukunya Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah(cetakan ketiga), kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran (Spodek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara seseorang kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata yang lain ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.
Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Hal ini bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak dan sensori motor(fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembanagn sosial. Perkembangan kognitif juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami serta mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.
3.0 Perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal
Mengikut Woofolk& Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, kekuatan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan, berlari, duduk,memanipulasi objek melompat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain.